loader image
Skip to main content
Home Micro-Credentials PEP OpenCourseWare Contact Us

Section outline

    • Selamat Datang ke Dialek Melayu Sarawak (Peringkat 1)

      Welcome to Sarawak Malay Dialect Level 1

      Kursus ini menerangkan asas kosa kata Dialek Melayu Sarawak (DMS). Pelajar akan menghuraikan beberapa aspek kosa kata dalam DMS yang digunakan untuk memperkenalkan diri, ungkapan seharian, ganti nama, makanan dan hobi. Dalam kursus ini juga pelajar akan mengaplikasikan kosa kata DMS dalam pelbagai konteks pertuturan.

      This course will be delivered in the target language (Malay and also Sarawak Malay Dialect). However, subtitles and content in English are also provided for speakers who do not understand Malay. The course covers common words and phrases in Sarawak Malay Dialect, which is different from the standard Malay. It includes phrases related to daily conversations, pronouns, occupations, food and hobbies. Have fun learning the dialect!


       

       


      Objektif Kursus

      1. Menerangkan asas kosa kata Dialek Melayu Sarawak.
      2. Menghuraikan beberapa aspek kosa kata dalam DMS yang digunakan untuk memperkenalkan diri, ungkapan seharian, ganti nama dan pekerjaan.
      3. Mengaplikasikan kosa kata DMS dan nilai-nilai murni dalam pelbagai konteks sosiobudaya untuk pembelajaran sepanjang hayat.

    • Biodata Pengajar

      Dr. Fatimah Hj. Subet


      Pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak. Kajian beliau tertumpu dalam bidang bahasa dan linguistik, khususnya semantik dan pragmatik. Beliau turut terlibat dalam kajian bahasa peribumi Sarawak, khususnya Dialek Melayu Sarawak dan pantun masyarakat Bidayuh.

        

      Pn. Norlina Hj. Kiflie

      Guru Kanan Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak. Bidang pengajaran beliau bahasa dan komunikasi. Beliau turut terlibat dalam kajian bahasa.


      Cik Zeckqualine Melai


      Guru Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak. Kajian beliau tertumpu dalam bidang bahasa dan linguistik. Beliau turut terlibat dalam kajian bahasa peribumi Sarawak khususnya Bahasa Punan.


      1. Menggetahui ungkapan-ungkapan seharian yang digunakan dalam komunikasi harian.
      2. Mengaplikasi ungkapan harian berkenaan dalam konteks komunikasi berkenaan
      3. Membezakan ungkapan –ungkapan berkenaan berdasarkan konteks, masa dan tempat

      1. Menentukan Kata Ganti Nama Diri- pertama, kedua, dan ketiga dalam DMS
      2. Mengetahui Kata Ganti Nama Tunjuk dan Kata Ganti Nama Tanya
      3. Menggunakan KGN mengikut konteks yang sesuai


      1. Mengkategorikan golongan kata DMS seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata hubung
      2. Membandingkan kosa kata Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan kosa kata DMS
      3. Menggunakan perkataan-perkataan berkenaan berdasarkan konteks yang sesuai.

      1. Mengetahui beberapa ciri-ciri khusus DMS
      2. Membezakan perkataan BMS dan DMS berdasarkan ciri-ciri khusus berkenaan.
      3. Menggunakan perkataan-perkataan berkenaan berdasarkan konteks yang sesuai.


      1. Berbicara tentang rutin harian dalam DMS dan menggunakan pengetahuan DMS ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat
      2. Berbual-bual dalam DMS ketika masa senggang
      3. Bertanya dan menjawab soalan tentang aktiviti harian.

      1. Mengetahui nama pelbagai jenis makanan dan minuman tradisi Sarawak
      2. Menggunakan DMS ketika mengunjungi tempat membeli-belah Mampu bertanya tentang makanan dan minuman
      3. Menggunakan DMS untuk memesan makanan di restoran dan melakukan pembayaran

Accessibility

Background Colour

Font Face

Font Size

1

Text Colour