
Kursus ini menerangkan sistem bahasa Iban dari segi sebutan, perkataan,
makna, ayat, sistem sapaan dan budaya dalam kalangan masyarakat Iban.
Kursus ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu, namun begitu bahan-bahan pembelajaran akan disediakan dalam bentuk terjemahan Bahasa Inggeris juga. Oleh itu, sama-sama kita pelajari bahasa Iban, bahasa ibunda etnik terbesar di Sarawak.